Selasa, 28 Juni 2011

PANDUAN MENTERNAK ITIK PEDAGING

Biasanya itik dibela di kawasan yang berparit atau berkolam kerana dipercayai itik memerlukannya dalam kehidupan untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itk yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam.

Catatan ini akan memberi panduan secara ringkas mengenai baka, makanan dan pengurusan yang boleh membantu mereka yang berminat untuk memelihara itik jurusan daging.

Baka itik pedaging

(a) Pekin
(b) Aylesbury
(c) Rouen
(d) Cherry Valley
(e) Muscovy

Potensi itik pedaging mengikut bakanya

Baka

Umur (minggu)

Berat(kg)

Pekin

8

2.8 – 3.0

Rouen

8

2.8 – 3.0

Aylesbury

8

2.7 – 2.9

Muscovy

16

4.5 – 5.0 (jantan), 2.5 – 3.0 (betina)

Cherry Valley

47 hari

3.2 (FCR 2.8 : 1)

C.P Duck

47 hari

3.0 (FCR 2.8 : 1)

Reban itik

Keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembap sepanjang tahun. Reban itik patut dibina dengan rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang tinggi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring/terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buloh dan atap nipah/rumbia adalah digalakkan.

Luas lantai daripada 0.19, 0.28 dan 0.37 meter persegi (2, 3, 4 kaki persegi) seekor tidak menunjukkan kesan yang buruk dalam pembesaran dan pemakanan seperti ayam, itik juga boleh dibela dengan menggunakan lantai sampah tebal atau lantai tinggi (beluti atau kawat jaring)

Perindukan

Alat-alat yang diperlukan:

(a) Hover/lampu
(b) Tempat makan
(c) Tempat minum
(d) Pembentung (kadbod atau kawat jaring setinggi 12″)
(e) Abuk kayu/sekam padi

Persediaan

(a) Sekat 1/3 bahagian reban untuk perindukan
(b) Tabur abok kayu/sekam padi setebal 2-3 inci
(c) Buatkan lengkungan bulatan
(d) Nyalakan hover/lampu sebelum itik dimasukkan
(e) Sediakan makanan (2 buah tempat makan bagi setiap 100 ekor)
(g) Sediakan air (2 buah tempat air (2/3 gelen) bagi setiap 100 ekor)

Pembelaan

Umur 0 – 2 minggu

(a) Celupkan paruh anak-anak itik ke dalam air sebelum memasukkan ke dalam
lengkungan bulatan
(b) Air bolehlah dicampur dengan ‘anti-stress’ selama 3 hari
(c) Lampu/hover dipasang diwaktu malam selama 1 minggu. Jika musim hujan
tambah seminggu lagi
(d) Pastikan air lantai sentiasa kering. Tukar/tambah jika basah
(e) Air hendaklah sentiasa ada
(f) Besarkan pembentung (lengkungan bulatan) selalu. Buka lengkungan bulatan
selepas 10 – 14 hari.

Membesar ( 3 – 8 minggu )

(a) Anak itik boleh dibela di reban yang sama dari kecil hingga dijual, dengan
keluasan yang cukup.
(b) Tempat air hendaklah cukup dalam bagi membolehkan itik menyelupkan
keseluruhan keseluruhan kepalanya ke dalam air
(c) 3 buah tempat makan gantung cukup untuk 100 ekor
(d) Selepas 3 minggu anak-anak itik bolehlah dibiarkan keluar di kawasan yang
berpagar di waktu siang.

Makanan

(a) Duck Broiler Starter – (1 hari hingga 14 hari)
(b) Duck Broiler Finisher – (15 hari hingga 7/8 minggu)

Contoh campuran makanan :


Bahan

Starter ( % )

Finisher ( % )

(a)

Jagung halus

55.5

68.0

(b)

Hampas kacang soya

32.0

21.0

(c)

Abuk ikan

6.0

5.0

(d)

Lemak

3.0

3.0

(e)

Galian

2.5

2.0

(f)

Vitamin

1.0

1.0

Pasaran

Itik pedaging dipasarkan pada umur 7/8 minggu atau selepas 14 minggu. Bulu-bulu halus banyak terdapat ketika itik berumur di antara 9 – 14 minggu , susah untuk dibersihkan.

Anggaran berat badan

Umur (minggu)

Berat (kg)

F.C.R (pertukaran makanan)

4

1.7

2.0

5

2.2

2.2

6

2.7

2.4

7

3.2

2.6

Panduan Untuk Penternak

(a) Beli anak itik dari baka yang baik yang digemari oleh pengguna
(b) Elakkan itik dari kekurangan air
(c) Berikan makanan yang bermutu mengikut jadual
(d) Pastikan itik mendapat perlindungan dari hujan/panas dan cuaca buruk
(e) Elakkan lantai dari basah atau lembap semasa perindukan
(f) Jual itik ketika berumur 7/8 minggu untuk mendapat keuntungan yang baik
(g) Tangkap itik dileher atau badannya dan bukan kakinya
(h) Cari pasaran dulu jika hendak membela cara besar-besaran

Tidak ada komentar:

Posting Komentar